Khidmat Masyarakat
25 Mei 2026
Program Bersamamu Rakyat Bertemakan "Indahnya Hidup Bersyariat"
Program Bersamamu Rakyat bertemakan "Indahnya Hidup Bersyariat" telah berlangsung dengan jayanya, menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga termasuk pasar berkat, kuliah dhuha khas, sukan rakyat, kaunter perkhidmatan agensi, jamuan rakyat, dan kuliah maghrib khas.
YB ADUN Batu Buruk turut hadir bersama-sama masyarakat setempat bagi menyampaikan ucapan serta berkongsi mesej tentang keindahan menjalani kehidupan yang bersyariat dan berlandaskan nilai-nilai Islam.
Program sebegini merupakan usaha berterusan pejabat DUN Batu Buruk dalam mengeratkan silaturahim serta menyebarkan kesedaran keagamaan dalam kalangan masyarakat DUN Batu Buruk.