Aktiviti Komuniti
Senarai aktiviti yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di seluruh DUN Batu Buruk.
Akan Datang
Tiada aktiviti akan datang buat masa ini
Aktiviti kampung yang dijadualkan akan dipaparkan di sini apabila ada.
Aktiviti Lepas
Program cakna komuniti akan datang bersama JPKK Permin Jaya dan JPKK Kubang Ikan. Tarikh sebenar tertakluk kepada pengesahan.
Karnival kesejahteraan rakyat DUN Batu Buruk di Dewan Dato' Haji Wan Abdul Muttalib Embong, Kuala Ibai, dengan penyertaan agensi seperti PERKESO, KWSP, AKPK, Tenaga Nasional dan Tabung Haji.
Sehari program bersama rakyat di Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung), Kuala Ibai, merangkumi Pasar Berkat, Minum Pagi bersama YB, Kuliah Dhuha, Jamuan Rakyat, Sukan Rakyat dan Kuliah Maghrib khas.
Program tazkirah dan tadabbur al-Quran di Masjid Gong Tok Nasek, Batu Buruk, sempena 22 Ramadan 1447H.
Sumbangan baju raya kepada asnaf dan anak yatim di MYDIN Mall Kuala Terengganu, anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk, Kelab Kebajikan Setiakawan Kuala Terengganu dan MYDIN Mall Kuala Terengganu.
Program cakna komuniti Zon 2 bersama JPKK Raja, Bukit Batu Putih & Aur Chendering, merangkumi kuliah subuh, minum pagi bersama YB, sukaneka rakyat dan pemeriksaan kesihatan percuma sepanjang hari.