Program Masyarakat
3 Jun 2026

Respons Setiausaha Politik Menteri Kewangan Sahkan Lebih Separuh Royalti Tak Masuk Akaun Terengganu

Respons Setiausaha Politik Menteri Kewangan Sahkan Lebih Separuh Royalti Tak Masuk Akaun Terengganu

Kenyataan media dikeluarkan oleh YB Ustaz Dr. Muhamad Khalil Abdul Hadi selaku Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu mengenai respons Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan yang mengesahkan bahawa lebih separuh daripada royalti minyak masih tidak dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri Terengganu.

Isu ini menjadi kebimbangan rakyat Terengganu memandangkan royalti tersebut merupakan hak negeri yang sepatutnya disalurkan sepenuhnya bagi tujuan pembangunan dan kebajikan rakyat.

Pejabat DUN Batu Buruk akan terus memantau perkembangan isu ini serta memperjuangkan hak rakyat Terengganu di peringkat yang sewajarnya.