Program Masyarakat
30 Mei 2026
Majlis Ramah Mesra Pemadam
Majlis Ramah Mesra anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) berlangsung dengan meriah, dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk badan bukan kerajaan dan wakil rakyat tempatan.
YB ADUN Batu Buruk turut hadir bagi memberi sokongan padu terhadap usaha memerangi gejala dadah serta menyebarkan kesedaran mengenai kepentingan hidup bebas dadah dalam kalangan generasi muda.
Kerjasama antara pejabat DUN Batu Buruk dan PEMADAM akan terus dipertingkatkan demi memastikan masyarakat DUN Batu Buruk kekal selamat dan sejahtera.